Monday, December 27, 2010

Setelah Sekian Lama...

Setelah sekian lama...

Sekarang aku sudah mula mengenali semula pemain-pemain pasukan Malaysia

Aku rasa yakin yang pasukan sekarang berpotensi tinggi dan boleh pergi jauh

Episod-episod gembira Pasukan Harimau Malaysia bermula dari Sukan SEA, ke Sukan Asia, dan sekarang AFF Suzuki Cup aka Piala Tiger

Nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Kunalan, Khairul Fahmi dan lain-lain lagi sudah mula meniti bibir penyokong-penyokong Harimau Malaysia

Aku teringat kembali zaman 90-an dahulu ketika nama Khairul Azman Mohamed, Azman Adnan, K Sanbagamaran cukup popular dan menjadi ikutan ketika bermain bola sepak di padang (mana ada futsal zaman tu)

Selepas zaman itu, kanak-kanak lebih suka "menjadi" Eric Cantona, Ronaldo ataupun Ronaldinho ketika bermain bola di padang

Sekarang aku lihat, Pasukan Harimau Malaysia bakal kembali bertakhta di hati peminat

Buktinya...

  • Stadium Bukit Jalil dipenuhi Gelombang Kuning setiap kali pasukan kita bermain
  • Media massa tempatan dan antarabangsa memberikan komen & laporan yang membanggakan dan positif kepada pasukan Negara
  • Kurang kontroversi luar padang oleh pemain-pemain kebangsaan (kurang ya, bukan tiada langsung)

    Langkah FAM memberi kepercayaan pemain-pemain muda menggalas tanggungjawab membawa nama Malaysia di persada antarabangsa merupakan sesuatu yang berbaloi dan sudah mula membuahkan hasil

    Namun begitu, masih banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki antaranya:

    • Membenarkan penggunaan pemain import dalam Liga Kebangsaan
    • Kelab-kelab perlu menganggap bola sepak seperti satu entiti perniagaan bukan parti politik; maksud saya Branding pasukan perlu dititikberatkan. Seperti perniagaan produk, lebih terkenal Brand tersebut, lebih ramai orang akan membeli dan Perniagaan akan memperoleh lebih keuntungan.
    • Jangan dicampur-adukkan politik dan bola sepak
    • Padang & stadium yang lebih baik
    Pembangunan akar umbi seperti Akademi Bola Sepak dan Sekolah Sukan juga dilihat sangat banyak membantu dalam kemajuan bola sepak Negara
    Perjalanan kita masih jauh, terlalu banyak ranjau dan liku perlu ditempuhi

    Tetapi tiada yang mustahil dengan syarat kita perlu sentiasa berusaha dan yakin dengan kebolehan diri

    Setelah sekian lama, MASANYA TELAH TIBA!!!!



    HARIMAU MALAYSIA BANGKIT SEMULA

    p/s: dah 250 post dah...hahaha