Mungkin ramai yang tahu bahawa semenjak Julai lepas kadar setem untuk menghantar surat sudah naik
Ini seiring dengan pengumuman kerajaan untuk menaikkan gaji dan menambah insentif kakitangan Pos Malaysia
Aku sokong keputusan Kerajaan Malaysia ini kerana bagi aku, everyone in this country deserves something that is beneficial for them
Tetapi adalah sedikit mengecewakan kerana berdasarkan pengalaman aku, Pos Malaysia masih kekurangan elemen Mesra Pelanggan
Contohnya semalam, aku menelefon Perkhidmatan Pos Laju untuk bertanyakan status dokumen yang aku tunggu
Sudahlah menerima sambutan yang kurang mesra (seperti acuh tak acuh), apabila ditanya waktu perkidmatan Pusat Pos Laju (aku perlu ke PPL untuk self pick-up) boleh pula aku terima jawapan sebegini:
"Oh, saya tak taulaa...pukul 6 kot"Bagi aku, sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (bukan GRO ye) kita perlulah melayan pelanggan dengan mesra dan perlu mempunyai maklumat yang mencukupi sekiranya ditanya
Di kaunter pula, jarang aku lihat pegawai-pegawai pos ini senyum ketika melayan pelanggan
Kadang-kadang aku rasa aku pula yang terlebih senyum dan mesra dengan mereka
Walhal, mereka tidak ambil peduli langsung
Hanya satu gesaan aku kepada Pos Malaysia
TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN, LEBIH MESRA PELANGGAN