Monday, September 27, 2010

SnapSys - A Newborn

http://snapsys.blogspot.com/

Satu blog yang aku dedikasikan untuk nukilan fotografi ataupun photo journal

Dengan harapan satu hari nanti aku dimurahkan rezeki untuk memiliki DSLR

Oh, jangan malu dan segan

 Silalah KLIK

Thursday, September 9, 2010

Juadah Raya Kita


Apa juadah raya kalian tahun ni?

Aku tahu

Dah tentulah rendang, ketupat, lemang, lodeh


Kalau yang istimewa dan yang lain dari yang lain tu mungkinlaa seperti wajik, sambal goreng, dodol dan ketupat palas


Aku akui makanan-makanan tersebut sudah menjadi tradisi kita dan sudah pasti dihidangkan ketika Hari Raya

Hinggakan kita semua menggelarkan makanan-makanan tersebut sebagai "Juadah Raya"

Tapi, dalam sedar atau tidak

Makanan yang kita gelarkan "Juadah Raya" tersebut boleh didapati sepanjang tahun

Pergi sahaja di Ulu Kelang, Lemang Pak Ali menunggu

Begitu juga dengan sepanjang jalan Kuantan-Kemaman, lemang memang dijual sepanjang tahun

Rendang tak usahlah diceritakan lagi

Di Supermarket seperti Giant pun kadangkala menjual rendang


Mahukan telur pindang?

Ayer Hitam menjualnya sepanjang tahun


Dodol?

Sekarang dah siap ada yang dijual di dalam kotak

Bagi aku, exclusivity makanan tersebut sebagai "Juadah Raya" dah jadi berkurang

Kita orang Melayu aku rasa tiada juadah khas untuk sambutan Hari Raya

Tidak seperti orang Cina yang ada Yee Sang untuk Tahun Baru Cina

dan Kuih Bulan untuk Mooncake Festival



Oh, ini mungkin pendapat aku sahaja

Aku tak tahu apa pendapat kalian

Kalau ada, boleh kongsi-kongsikan

Sebagai menambah ilmu dan bertukar pendapat

Oh ya,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


p/s: gambar-gambar aku ambil di sekitar En. Google Image, terima kasih pemilik gambar!