Monday, December 27, 2010

Setelah Sekian Lama...

Setelah sekian lama...

Sekarang aku sudah mula mengenali semula pemain-pemain pasukan Malaysia

Aku rasa yakin yang pasukan sekarang berpotensi tinggi dan boleh pergi jauh

Episod-episod gembira Pasukan Harimau Malaysia bermula dari Sukan SEA, ke Sukan Asia, dan sekarang AFF Suzuki Cup aka Piala Tiger

Nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Kunalan, Khairul Fahmi dan lain-lain lagi sudah mula meniti bibir penyokong-penyokong Harimau Malaysia

Aku teringat kembali zaman 90-an dahulu ketika nama Khairul Azman Mohamed, Azman Adnan, K Sanbagamaran cukup popular dan menjadi ikutan ketika bermain bola sepak di padang (mana ada futsal zaman tu)

Selepas zaman itu, kanak-kanak lebih suka "menjadi" Eric Cantona, Ronaldo ataupun Ronaldinho ketika bermain bola di padang

Sekarang aku lihat, Pasukan Harimau Malaysia bakal kembali bertakhta di hati peminat

Buktinya...

  • Stadium Bukit Jalil dipenuhi Gelombang Kuning setiap kali pasukan kita bermain
  • Media massa tempatan dan antarabangsa memberikan komen & laporan yang membanggakan dan positif kepada pasukan Negara
  • Kurang kontroversi luar padang oleh pemain-pemain kebangsaan (kurang ya, bukan tiada langsung)

    Langkah FAM memberi kepercayaan pemain-pemain muda menggalas tanggungjawab membawa nama Malaysia di persada antarabangsa merupakan sesuatu yang berbaloi dan sudah mula membuahkan hasil

    Namun begitu, masih banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki antaranya:

    • Membenarkan penggunaan pemain import dalam Liga Kebangsaan
    • Kelab-kelab perlu menganggap bola sepak seperti satu entiti perniagaan bukan parti politik; maksud saya Branding pasukan perlu dititikberatkan. Seperti perniagaan produk, lebih terkenal Brand tersebut, lebih ramai orang akan membeli dan Perniagaan akan memperoleh lebih keuntungan.
    • Jangan dicampur-adukkan politik dan bola sepak
    • Padang & stadium yang lebih baik
    Pembangunan akar umbi seperti Akademi Bola Sepak dan Sekolah Sukan juga dilihat sangat banyak membantu dalam kemajuan bola sepak Negara
    Perjalanan kita masih jauh, terlalu banyak ranjau dan liku perlu ditempuhi

    Tetapi tiada yang mustahil dengan syarat kita perlu sentiasa berusaha dan yakin dengan kebolehan diri

    Setelah sekian lama, MASANYA TELAH TIBA!!!!



    HARIMAU MALAYSIA BANGKIT SEMULA

    p/s: dah 250 post dah...hahaha

    Tuesday, November 23, 2010

    Recipe for Success

    Think MORE than others

    +

    Do MORE than others

    +

    Expect LESS than others

    =

    SUCCESS in LIFE

    p.s.: this is an advice from a WISE friend...TQ

    If....

    ...we can fly
    ...we can life underwater
    ...we can hold the sun in our hands
    ...we can turn everything into gold
    ...we can be rich without have to work hard
    ...we can be genius
    ...and only if all of above is true!

    Saturday, November 6, 2010

    It was not just An Ordinary Day

    Hey guys

    It has been a while since I write in this blog

    Lately I was concentrating on my photoblog, Snapsys

    So not fair eh?

    Sorry Beautifool Life!

    Did you guys still remembered in this post I said 10.10.10 was just "another day" for me?

    Well, it happened that it was not just "another day" for me, a day that I will remember forever and ever

    Listen to the clip below to get a brief idea of what happened on 10.10.10


    video

    YES PEOPLE

    I WENT TO THE WRONG WEDDING!!!

    I was not alone though, AZMAH was with me and she was the one that's very confident that we were on the correct road

    Ironically, we were a regular visitor to the house where we know the road by heart and we just didn't bother to double check

    The result...a moment that we will never forget ever and ever!!!

    To Mamai's sister and her husband, SELAMAT PENGANTIN BARU

    p.s.: Yang kat atas kerusi tu belum kahwin lagi tau!

    Sunday, October 10, 2010

    10.10.10

    Nothing particularly special for me on this day

    It is something that won't happen for at least next 100 years (I'll be long gone by then)

    In binary, 101010 is equal to 42

    A lot of weddings on this day

    Mothers will try hard to make their babies be delivered on this day

    My hometown Shah Alam is celebrating its 10 years as a city on this day

    And I believe a lot of lovely couples will be celebrating this day

    For me, it is just another day

    p.s.: I put some effort to make a nice lovely workart to commemorate 101010 though...hahaha

    Wednesday, October 6, 2010

    A Tip

    This is a tip I got from a successful businessman:

    Beli Murah
    Jual Mahal
    Bayar Lambat

    Cash flow confirm cantik punya

    I will apply that!!!

    Thanks Uncle!

    Monday, September 27, 2010

    SnapSys - A Newborn

    http://snapsys.blogspot.com/

    Satu blog yang aku dedikasikan untuk nukilan fotografi ataupun photo journal

    Dengan harapan satu hari nanti aku dimurahkan rezeki untuk memiliki DSLR

    Oh, jangan malu dan segan

     Silalah KLIK

    Thursday, September 9, 2010

    Juadah Raya Kita


    Apa juadah raya kalian tahun ni?

    Aku tahu

    Dah tentulah rendang, ketupat, lemang, lodeh


    Kalau yang istimewa dan yang lain dari yang lain tu mungkinlaa seperti wajik, sambal goreng, dodol dan ketupat palas


    Aku akui makanan-makanan tersebut sudah menjadi tradisi kita dan sudah pasti dihidangkan ketika Hari Raya

    Hinggakan kita semua menggelarkan makanan-makanan tersebut sebagai "Juadah Raya"

    Tapi, dalam sedar atau tidak

    Makanan yang kita gelarkan "Juadah Raya" tersebut boleh didapati sepanjang tahun

    Pergi sahaja di Ulu Kelang, Lemang Pak Ali menunggu

    Begitu juga dengan sepanjang jalan Kuantan-Kemaman, lemang memang dijual sepanjang tahun

    Rendang tak usahlah diceritakan lagi

    Di Supermarket seperti Giant pun kadangkala menjual rendang


    Mahukan telur pindang?

    Ayer Hitam menjualnya sepanjang tahun


    Dodol?

    Sekarang dah siap ada yang dijual di dalam kotak

    Bagi aku, exclusivity makanan tersebut sebagai "Juadah Raya" dah jadi berkurang

    Kita orang Melayu aku rasa tiada juadah khas untuk sambutan Hari Raya

    Tidak seperti orang Cina yang ada Yee Sang untuk Tahun Baru Cina

    dan Kuih Bulan untuk Mooncake Festival



    Oh, ini mungkin pendapat aku sahaja

    Aku tak tahu apa pendapat kalian

    Kalau ada, boleh kongsi-kongsikan

    Sebagai menambah ilmu dan bertukar pendapat

    Oh ya,

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


    p/s: gambar-gambar aku ambil di sekitar En. Google Image, terima kasih pemilik gambar!

    Monday, August 30, 2010

    Tuesday, August 24, 2010

    Berminat? PM saya....


    Nak tahu bagaimana saya dapat duit hari-hari (seperti di atas, walaupun hakikatnya aku pinjam je gambar orang)?

    JOM join saya

    Kita kongsi bersama

    Nak tahu caranya?

    Berminat?

    PM saya!

    "KOREK HIDUNG SAMBIL LOGIN FACEBOOK"
    DAPAT DUIT HARI2

    Monday, August 9, 2010

    Ohhh...Awesomenya Universal Studio~


    I got the chance to visit Universal Studio, Singapore on 1st August 2010

    The place was awesome

    The rides were great

    The shows were mesmerizing

    To all KUDAS, bila mau pergi sana?

    Saturday, August 7, 2010

    Perkhidmatan POS Kurang Mesra?


    Mungkin ramai yang tahu bahawa semenjak Julai lepas kadar setem untuk menghantar surat sudah naik

    Ini seiring dengan pengumuman kerajaan untuk menaikkan gaji dan menambah insentif kakitangan Pos Malaysia

    Aku sokong keputusan Kerajaan Malaysia ini kerana bagi aku, everyone in this country deserves something that is beneficial for them

    Tetapi adalah sedikit mengecewakan kerana berdasarkan pengalaman aku, Pos Malaysia masih kekurangan elemen Mesra Pelanggan

    Contohnya semalam, aku menelefon Perkhidmatan Pos Laju untuk bertanyakan status dokumen yang aku tunggu

    Sudahlah menerima sambutan yang kurang mesra (seperti acuh tak acuh), apabila ditanya waktu perkidmatan Pusat Pos Laju (aku perlu ke PPL untuk self pick-up) boleh pula aku terima jawapan sebegini:

    "Oh, saya tak taulaa...pukul 6 kot"

    Bagi aku, sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (bukan GRO ye) kita perlulah melayan pelanggan dengan mesra dan perlu mempunyai maklumat yang mencukupi sekiranya ditanya

    Di kaunter pula, jarang aku lihat pegawai-pegawai pos ini senyum ketika melayan pelanggan

    Kadang-kadang aku rasa aku pula yang terlebih senyum dan mesra dengan mereka

    Walhal, mereka tidak ambil peduli langsung

    Hanya satu gesaan aku kepada Pos Malaysia

    TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN, LEBIH MESRA PELANGGAN


    Tuesday, August 3, 2010

    It Can Knock Us Down



    LIFE can knock us down

    It's our choice whether to get back up or to stay knocked down

    If it's me

    I'll get back up with a BANG!!!

    Then, do my best to DODGE the next HIT

    Picture: Merahmu BARA semangat WAJA

    Sunday, July 25, 2010

    Lompat Tikam


    Ini namanya Kuih Lompat Tikam
    Kuih tradisi dari Kelantan
    Tak diketahui asal usul nama kuih tersebut
    Kena lakukan lebih research

    Monday, July 5, 2010

    Give and Take


    It is all about give and take

    In life, you cannot be the "GIVER" all the time

    and you cannot be the "TAKER" all the time

    It has to be balanced

    But, it came down to your own personality

    How selfish you are

    How tolerate you are

    What level of threshold your patience is

    Just remember, LIFE IS KARMA

    What goes around comes around

    You give something now, you may take something later

    It is REZEKI, or REJEKI as the Jawa said

    Have faith!


    Saturday, July 3, 2010

    Kalaulah dulu....



    Hari ini kita sembang pasal bola

    "Sembang Bola" in short

    Musim-musim FIFA World Cup ni, lebih-lebih lagi Samba Boys baru saja ditewaskan oleh The Oranje, topik bola memang HANGAT

    Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia suatu ketika dahulu adalah satu pasukan yang digeruni

    Bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di Asia

    Pemain-pemain kita yang tersohor adalah seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Mendiang Arumugam, Soh Chin Aun, dan Santokh Singh

    Malaysia pernah layak ke Olympic Games Moscow pada tahun 1980

    Tapi, kita menyertai boikot yang diketuai oleh Amerika Syarikat

    Hasilnya, kita tidak pernah layak lagi selepas itu

    Pada akhir era 1980-an, Allahyarham Mokhtar Dahari pernah dipelawa untuk bermain di Liga Inggeris

    Tapi kerana pada saat itu beliau terlalu sayangkan pasukan Selangor, beliau memilih untuk kekal di Malaysia

    Kalaulah dulu, kita tidak menyertai boikot Olympic Games 1980

    Kalaulah dulu, Allahyarham Mokhtar Dahari pergi ke England

    Anda semua rasa lanskap bola sepak negara akan berbeza tak dari sekarang??

    Lanskap sekarang ni macam gurun je...tandus...penuh fatamorgana

    Walau apa pun, MALAYSIA TETAP BOLEH!!!!

    Allahyarham Mokhtar Dahari aka "SuperMokh"

    Wednesday, June 30, 2010

    Nervous...

    Pernah tak rasa nerves gila2 sampai tak lena tido malam

    Tak selera nak makan pagi

    Macam ada burung helang dalam perut

    Rasa macam nak bergerak tanpa henti

    I HAD THAT YESTERDAY UNTIL THIS AFTERNOON

    SAMPAI RASA NAK DEMAM

    TAK SUKA!!!!


    Sunday, June 20, 2010

    Setahun...Sudah....

    18hb Jun yang lepas, genaplah setahun aku bekerja

    Memang banyak yang aku belajar

    Memang banyak tempat yang aku berpeluang nak pergi

    Contohnya Bakun Hydroelectric Dam

    Pernah terfikir tak nak pergi sana?

    Mesti tak pernah kan

    Yelah, dalam otak kita ni nak pergi Paris, London, Madrid dan lain-lain

    Memang terlalu banyak lagi yang perlu aku belajar

    Yelah, baru SETAHUN jagung

    HAHAHA

    Di Bakun


    Di Bangkok


    Di Brunei

    Kawan-kawan di Cekap Technical

    Thursday, June 17, 2010

    Work SMART

    It's quite frequent we heard of this quote:

    "Don't Work Hard, Work SMART!"

    However, not many of us know what is Work Smart

    And how to Work Smart

    I would like to share on how we can work SMART

    It's basically the golden rule of Project Management

    S: Specific
    M: Measurable
    A: Attainable
    R: Realistic
    T: Timely


    I believe if all of us try to work around the short yet concise abbreviation, we will work SMART!

    Wednesday, June 2, 2010

    DuaPuluhEmpat



    Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus bernyawa

    Moga-moga diberikan lagi kesihatan & kudrat untuk terus mencari rezeki

    p.s.: TQ Ayah, Mama & Eela for the cake
    Eating Caramel Cheesecake at 1215am surely make you feel fatter

    Saturday, May 29, 2010

    Selamat Pengantin Baru Juwe & Copot



    Kepada Juwe dan Copot,

    Tahniah atas perkahwinan anda

    Moga berbahagia selalu hendaknya

    SELAMAT PENGANTIN BARU


    p.s.: Kami mahu 9903 Junior...so, work hard please!!! Thanks~

    Sunday, May 23, 2010

    Terima Kasih, Dunia!

    Thinking of it

    Terima kasih kerana aku masih diizinkan untuk menikmati hari ini



    Terima kasih kerana aku dikurniakan Ayah, Mama, Amy & Eela



    Terima kasih kerana aku diberikan keluarga, auntie, uncle & cousins yang BEST




    Terima kasih kerana aku mempunyai teman-teman yang SUPER best



    Terima kasih kerana aku dimurahkan rezeki untuk memiliki harta



    Terima kasih kerana aku dikurniakan kerja yang menyeronokkan



    Terima kasih kerana aku mempunyai kelulusan



    Terima kasih

    Terima kasih

    Terima kasih, Dunia!



    p.s.: Genap sudah 6 tahun Atuk meninggalkan kami...AL-Fatihah~

    Allahyarham Hj Saffuan Yasin

    Tuesday, May 18, 2010

    A Close Shave

    Ini baru berlaku pagi tadi

    Nasib baik masih dalam bandar and sedang naik bukit

    Jadi kereta tak laju mana

    Bayangkan kalau kt highway

    HURM...

    Sunday, May 9, 2010

    Selamat Hari Ibu


    To Mama,

    Thank you for everything

    I know I am not the BEST son but I know that you are the BEST mother

    HAPPY MOTHER'S DAY


    Sunday, May 2, 2010

    Double Trouble


    Terima kasih Azmah kerana menunaikan impian aku ke Double Trouble (hampir kecewa kerana tiada tiket)

    Search & Wings, no doubt they are ROCKIN' my kidney off my body

    Awesome songs

    Awesome performance

    Awesome crowds

    p.s: rasa macam takmo balik semalam T_T

    stage memang terbaik!

    Joe in action

    2 otai menggegar OTAK!!!

    Crowd yang SUPER RAMAI!!!

    Tahniah Sani & Liza

    Tahniah kepada Sani dan Liza

    Semoga berkekalan dan bahagia selalu