Atas kerana urusan kerja, aku berpeluang juga menjejakkan kaki ke Ho Chi Minh City ataupun dikenali juga dengan nama Saigon
Walaupun hanya satu malam di sana, aku masih berpeluang berjalan di sekitar kawasan District 1
Bagi aku, bandar Saigon sangat impresif
Rekabentuk bangunannya sangat classy ala-ala colonial
Lanskapnya sangat menarik, penuh pokok dan bunga segar menimbulkan suasana tenang
Motor merupakan pengangkutan utama dan kita sebagai foreigner adalah tidak digalakkan untuk memandu di sana
Kenderaan adalah sangat rapat dan hon dibunyikan dengan sangat kerap
Bak kata Mama yang pernah melawat Saigon sebelum ini, ianya seperti dalam filem Star Wars
Aku menginap di Liberty 2 Hotel
Nice place to stay
Selesa, bersih, TV ada ESPN, Star Sport, HBO & so on
Berada di tengah-tengah bandar lalu memudahkan perjalanan
Halal @ Saigon ini merupakan antara tempat makan yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia
Restoran ini menghidangkan masakan Vietnam yang halal pada harga yang berpatutan
Oleh kerana perlu behave makan bersama Client, gambar makanan tidak dapat dipaparkan
Saigon di waktu malam boleh dikatakan "Lively"
Dengan sambutan Lunar New Year yang sudah tidak lama lagi, Saigon dilimpahi dengan lampu-lampu dan hiasan yang cantik-cantik
Gambar atas merupakan Opera House dan gambar bawah merupakan Majestic Hotel
Memang MAJESTIC!
Bandar Saigon dari pandangan atas
Nampak tak roundabout yang besar tu?
Dalam keadaan yang sangat sibuk dengan motorsikal dan kereta, aku masih yakin untuk melintas disana dan aku berjaya melintas!
Sebelum mesyuarat yang dijadualkan pada jam 10 pagi, aku mengambil peluang untuk berjalan-jalan disekitar District 1
Penjual-penjual begini adalah pandangan biasa di Saigon
Mereka menawarkan pelbagai barangan dari makanan hinggalah ke rokok dan nombor ekor
Antara bangunan unik yang aku nampak di sana
Cuba tengok betul-betul, pemilik bangunan ini menanam pokok parasit di tingkat paling atas
Barulah Green Building!
Lagi bangunan-bagunan di sana
Seperti yang aku telah katakan, sangat classy ala-ala colonial
Opera House ketika siang
Gereja lama di Saigon
Sama seperti di Eropah
Taman-taman seperti ini adalah sangat biasa di Saigon
Di District 1 sahaja aku rasa ada 2-3 taman begini
Kan bagus kalau KL boleh tiru
Sekurang-kurangnya tertapis sedikit udara yang berdebu
Pokok-pokok besar menghiasi lanskap di tengah bandar Saigon
Ben Thanh Market ini merupakan tempat wajib lawat terutamanya kepada kaum wanita
Menawarkan pelbagai jenis barangan seperti cenderamata, kain sutera, dan barangan kraftangan
Tawar sehabis baik, mereka mampu mengubahnya!
Hanya gambar yang ada aku, di Airport kerana kapal Tony Fernandez delay 2 jam!
p/s: segan nak minta tolong bos ambil gambar semasa berjalan (-_-!)
pp/s: aku akan ke Saigon lagi nanti, CONFIRM!
2 comments:
super nice journey,
ada bawak balik awek saigon?
opsss my bad....
Simpan sana sudah...hahaha
Post a Comment