Hari ini kita sembang pasal bola
"Sembang Bola" in short
Musim-musim FIFA World Cup ni, lebih-lebih lagi Samba Boys baru saja ditewaskan oleh The Oranje, topik bola memang HANGAT
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia suatu ketika dahulu adalah satu pasukan yang digeruni
Bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di Asia
Pemain-pemain kita yang tersohor adalah seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Mendiang Arumugam, Soh Chin Aun, dan Santokh Singh
Malaysia pernah layak ke Olympic Games Moscow pada tahun 1980
Tapi, kita menyertai boikot yang diketuai oleh Amerika Syarikat
Hasilnya, kita tidak pernah layak lagi selepas itu
Pada akhir era 1980-an, Allahyarham Mokhtar Dahari pernah dipelawa untuk bermain di Liga Inggeris
Tapi kerana pada saat itu beliau terlalu sayangkan pasukan Selangor, beliau memilih untuk kekal di Malaysia
Kalaulah dulu, kita tidak menyertai boikot Olympic Games 1980
Kalaulah dulu, Allahyarham Mokhtar Dahari pergi ke England
Anda semua rasa lanskap bola sepak negara akan berbeza tak dari sekarang??
Lanskap sekarang ni macam gurun je...tandus...penuh fatamorgana
Walau apa pun, MALAYSIA TETAP BOLEH!!!!
No comments:
Post a Comment