Saturday, August 7, 2010

Perkhidmatan POS Kurang Mesra?


Mungkin ramai yang tahu bahawa semenjak Julai lepas kadar setem untuk menghantar surat sudah naik

Ini seiring dengan pengumuman kerajaan untuk menaikkan gaji dan menambah insentif kakitangan Pos Malaysia

Aku sokong keputusan Kerajaan Malaysia ini kerana bagi aku, everyone in this country deserves something that is beneficial for them

Tetapi adalah sedikit mengecewakan kerana berdasarkan pengalaman aku, Pos Malaysia masih kekurangan elemen Mesra Pelanggan

Contohnya semalam, aku menelefon Perkhidmatan Pos Laju untuk bertanyakan status dokumen yang aku tunggu

Sudahlah menerima sambutan yang kurang mesra (seperti acuh tak acuh), apabila ditanya waktu perkidmatan Pusat Pos Laju (aku perlu ke PPL untuk self pick-up) boleh pula aku terima jawapan sebegini:

"Oh, saya tak taulaa...pukul 6 kot"

Bagi aku, sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (bukan GRO ye) kita perlulah melayan pelanggan dengan mesra dan perlu mempunyai maklumat yang mencukupi sekiranya ditanya

Di kaunter pula, jarang aku lihat pegawai-pegawai pos ini senyum ketika melayan pelanggan

Kadang-kadang aku rasa aku pula yang terlebih senyum dan mesra dengan mereka

Walhal, mereka tidak ambil peduli langsung

Hanya satu gesaan aku kepada Pos Malaysia

TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN, LEBIH MESRA PELANGGAN


3 comments:

amylicious world said...

yup...nice opinion fariz..aku rs mmg da smpi waktunye pos malaysia upgrade smua mgt dia tok etanding ngn competitors yg len...kite invest skit( harga baik), dia kene lagi put more on their strategies..:)

aiman said...

aku dgr speaker produktvt cakap....
kalo org tu xbleh senyum nape ltak die kt front desk....
bkn salh ibu mengandung... huhu

chunk (◕‿◕✿) said...

kong: aku pengguna setia perkhidmatan pos malaysia.dari sudut pemerhatian jarak jauh,khidmat di pejabat pos kg2/pedalaman lagi memuaskan berbanding di pusat2 bandar..even frontdesk tu makcik/pacik tua tp penuh dgn budi bahasa :)