Monday, August 31, 2009

Mati Lagi

Hari ini, genap ikan saya yang ke-4 mati

Yang paling menyedihkan, ikan saya yang paling BESAR mati

Saya sangat sedih

Sudah hampir 3 tahun ikan itu berada di dalam kolam

Punca kematian masih menjadi misteri

Baru semalam saya memberinya makanan

Isk...nostalgia2

Tadi saya pergi ke Kedai Ikan Sebelah Wet World untuk membeli ikan guppy dan anti-chlorine

Dan saya nampak ikan ini

BESAR gila ikan ni

Inilah Arapaima gigas ataupun ikan Naga

Memang besar ikan tu

"AYAH....nak bela satu boleh???"

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!


To all Malaysian,

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-52

Always LOVE your country!

Ikan Mati...

Pagi tadi saya & Ayah gardening

Nasib baik cuaca redup

Jadi takde laa penat sangat walaupun puasa (saya puasa tau!!)

Sedang nak rejuvenate pokok keladi dalam kolam ikan, kami ternampak tulang ikan

Cari-cari ikan rupanya ada yang tak cukup

Memang sah...ikan tu MATI

Sampai dah tinggal tulang dah

Bukan seekor...tapi 3 ekor...

Warna putih 2 ekor and warna putih oren seekor

Sebab kematian masih menjadi misteri

Pergaduhan kah?

Tidak cukup makan kah?

Tapi apa yang penting, saya kecewa...

Tinggal rangka...seekor tu macam baru lagi...haih~

Saturday, August 29, 2009

Kuda Lauts @ Seoul Garden

Hari ini KUDA LAUTS berbuka di Seoul Garden Plaza Pantai

Seperti biasa, memang xpernah cukup korum KUDA LAUT ni

Pundak, Puyeng, Toyek, Nabil and Hud xdapat join

at Seoul Garden the price is reasonable

at RM43.40 nett, eat all you can

Grilled or Steamboated

Up to you...

Next, biar gambar yang berkata-kata:

Bakar atau rebus? ikut suka kamu

Kuda Laut Fasyan + Nuya

Kebakaran memang biasa berlaku di sini

Selepas kekenyangan

2 Ekor Kuda Laut

More pictures in my Facebook ye...

To contact Seoul Garden, Plaza Pantai Bangsar
HP: 0126097385
Tel: 0322831888

Tuesday, August 25, 2009

Oh Kucing....WHY???

Tadi...

Aku and jiran beserta adik-adik menyelamatkan kucing di atas pokok

Siap tangga semua segala


Setelah lama memujuk...

Kucing turun juga

Tapi tidak lama

Rupa2nya dia menyorok di atas pokok kerana takut diromen kucing lain

Kejar-mengejar berlaku dan.....

Dia berada di pokok yang lebih tinggi

OH....SIA2 juga....

WHY KUCING????

WHY???

Monday, August 24, 2009

Tidak Sihat...



Dah 5 hari aku MC

Bermula Rabu lepas hingga Selasa esok

Semua gara-gara demam virus aka viral fever yang melanda aku

Aku terbaring tidak terperi

Tidak bermaya

Tapi Alhamdulillah masih mampu berpuasa

Hari ini getting better walaupun Nodus Limfa aku bengkak

Hopefully semuanya OK esok

Sorry BOS, saya tidak dapat datang ofis...

Friday, August 21, 2009

Mencari Cinta


Selamat Berpuasa kepada seluruh umat ISLAM

Moga-moga kita semua beroleh BERKAT bulan yang mulia ini

p/s: kepada rakan² yang nak kena kurung tu, wish you all the best!!!!

Sunday, August 16, 2009

Officially Graduated


After 4 years of strive and hardwork (yeke??)

I am officially a chemical engineering graduate

What's next?

with acap, the guy who always seat in front of me during exam

some of the Kuda Lauts, the memories together will remain

Ayah and Mama, thanx a lot!!!


Little sisters, thanx for the support (ada ke?? hahaha, kidding)

Great friends

Saturday, August 8, 2009

Memori Kembali Ke Sekolah...

Aku rasa dah hampir 6 tahun aku meninggalkan alam persekolahan

Kadangkala berasa rindu dengan suasana kelas yang hingar bingar

Hiasan di dalam kelas yang berbagai-bagai

Semua orang nak menyumbang kekreatifan

Kalau kelas aku dulu, Nadek & the gang la yang selalu menyumbang idea dan tenaga

Pagi tadi aku diberi peluang selama 6 jam untuk mengimbau kenangan berada di bilik darjah

Itupun kerana aku mengambil peperiksaan khas memasuki perkhidmatan PTD Gred M41

Meja disusun jarak-jarak

Kipas di siling berpusing mahu tidak mahu

Whiteboard di hadapan tertulis maklumat berkenaan peperiksaan

Papan informasi dipenuhi segala jenis jadual dan kata-kata perangsang

Setiap tingkap dilabel dengan nama pelajar yang bertanggungjawab

Papan akademik di belakang kelas dipenuhi dengan nota-nota

Memang mengimbau memori zaman itu

Aku rindu zaman ni...serius indah!!!

Monday, August 3, 2009

Korang Tau Tak???

Aku tak suka berbicara tentang politik

Tapi kejadian Sabtu lepas memang melampau

Korang tau tak berapa banyak orang rugi tak boleh berniaga sebab korang berarak keliling bandar bawak sepanduk?

Korang tau tak berapa banyak orang yang sumpah seranah korang sebab sangkut dalam JAM?

Korang tau tak berapa banyak wang negara, wang rakyat dah dihabiskan sebab nak hantar pasukan FRU dan Polis ke KL tu?

Korang tau tak kalau ISA tu dimansuhkan apa kebaikannya pada korang?

Korang tau tak korang menyusahkan orang lain?

Korang tau tak Malaysia ni bukan USA?

Korang tau tak Islam tak bagi umatnya mencetuskan huru-hara?

Korang tau tak Pak Aji yang pakai kopiah yang ikut berarak skali and baling batu skali tu dah mencemarkan imej Islam?

Korang tau tak yang korang ni buat kerja tak berfaedah?

Korang tau tak ada benda lain yang lagi bagus lagi yang boleh dilakukan pada hujung minggu?

Korang tau tak aku dah tak tau nak cakap apa lagi?

p/s: aku emo sebab banyak plan tak jadi sebab protes yang cam haram ni!!!

MENYUSAHKAN ORANG LAIN!!!


Saturday, August 1, 2009

Nak Pergi PC Fair tapi....

Aku plan arini nak pergi PC Fair

Tapi...

Memang sial laaa kalian yang buat protes tengah jalan ni

Buat hari lain tak boleh ke???