Monday, August 3, 2009

Korang Tau Tak???

Aku tak suka berbicara tentang politik

Tapi kejadian Sabtu lepas memang melampau

Korang tau tak berapa banyak orang rugi tak boleh berniaga sebab korang berarak keliling bandar bawak sepanduk?

Korang tau tak berapa banyak orang yang sumpah seranah korang sebab sangkut dalam JAM?

Korang tau tak berapa banyak wang negara, wang rakyat dah dihabiskan sebab nak hantar pasukan FRU dan Polis ke KL tu?

Korang tau tak kalau ISA tu dimansuhkan apa kebaikannya pada korang?

Korang tau tak korang menyusahkan orang lain?

Korang tau tak Malaysia ni bukan USA?

Korang tau tak Islam tak bagi umatnya mencetuskan huru-hara?

Korang tau tak Pak Aji yang pakai kopiah yang ikut berarak skali and baling batu skali tu dah mencemarkan imej Islam?

Korang tau tak yang korang ni buat kerja tak berfaedah?

Korang tau tak ada benda lain yang lagi bagus lagi yang boleh dilakukan pada hujung minggu?

Korang tau tak aku dah tak tau nak cakap apa lagi?

p/s: aku emo sebab banyak plan tak jadi sebab protes yang cam haram ni!!!

MENYUSAHKAN ORANG LAIN!!!


3 comments:

PUTERI BONDA said...

ak stuju..sangkut dari dpn um nak g kl sentral sampai sejam..bbakul2 sumpah seranah korg dapat..

~farah~ said...

marah sangat nampak..hehe~

salman said...

ak nak tlg jawab.. since byk sgt persoalannya
1)Korang tau tak berapa banyak orang yang sumpah seranah korang sebab sangkut dalam JAM?

dah taw org nk bwat perhimpunan yg pg KL gk wtpe lol

2)Korang tau tak berapa banyak wang negara, wang rakyat dah dihabiskan sebab nak hantar pasukan FRU dan Polis ke KL tu?

nape kerajaan x bg je permit nk buat perhimpunan? xyh anta FRU, jimat kos~

3)Korang tau tak Malaysia ni bukan USA?

dah Malaysia knape nk ikot care USA?

4)Korang tau tak Islam tak bagi umatnya mencetuskan huru-hara?

sape yg mencetuskan huru hara kalo bkan FRU yg g tembak air sume, igt parti buih ke ape.. org lari lintang pukang selamatkn dri

5)Korang tau tak kalau ISA tu dimansuhkan apa kebaikannya pada korang?

mestila taw.. kalo x watpe smpai pak aji pn pg sna, mungkin kalo ad ahli keluarga kte yg kne tangkap masuk sna, br kte paham sbb pe dorg sanggup berhimpun, berarak.. jaoh kot

p/s: naekla moto ke KL, nescaya anda x sangkut lol